Coach Ihsan Abdullah

         Beliau lahir pada 23 April 1989 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Islah, Kota Bharu. Kemudian menyambung pengajian ke Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong, Machang. Dengan keputusan 10A 2B dalam SPM, beliau menyambung pengajian ke peringkat Tamhidi (asasi) di USIM dalam bidang Perakaunan. Beliau kemudian menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko juga di USIM.
         Sewaktu pengajian peringkat ijazah, beliau mempelajari subjek-subjek Matematik Tulen seperti Algebra, Linear Algebra, Calculus, Statistik Matematik dan lain-lain. Dengan pengetahuan yang baik dalam Matematik Tulen, beliau menggunakan kemahiran tersebut untuk menyediakan perkhidmatan “home tutor” untuk subjek Matematik Tambahan & Matematik Moden SPM pada 2010. Beliau turut aktif mengajar di Pusat Tuisyen untuk kedua-dua subjek tersebut.
          Beliau juga pernah bekerja dalam sektor swasta. Pada 2012, beliau pernah bekerja sebagai Ketua Jabatan Professonal Mawarith di Wasiyyah Shoppe Berhad dan Eksekutif di Affin Islamic Bank. Beliau turut mempunyai pengalaman mengajar di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa, Seremban untuk subjek Matematik & Tasmi’ Al-Quran.

          Pada Januari 2014, beliau membuka sebuah pusat pengajian (Learning Centre) yang dinamakan sebagai Huffaz Genius Learning Centre (HGLC). Di HGLC, beliau bertugas sebagai Guru Tasmi’ Al-Quran dan Tutor bagi subjek Matematik Tambahan & Matematik Moden SPM.
          Beliau juga adalah pengasas Teknik Coaching BELDAZO (Teknik Mengajar Bermula Dari Zero). Teknik ini merupakan teknik interaktif yang menekankan kepada kefahaman konsep asas setiap tajuk melalui illustrasi peta minda & steps yang mudah. Teknik ini juga menekankan kepada interaksi antara tutor/trainer dengan pelajar. Melalui Teknik ini, beliau telah Berjaya membantu ramai pelajar untuk skor A dalam Matematik Tambahan Matematik Moden SPM.
           Beliau kini aktif menyampaikan slot Teknik Menjawab Matematik Tambahan & Matematik Moden melalui Bengkel Roket Add Maths & Bengkel Roket Maths Moden di Pusat Coaching Add Math beliau di Bandar Baru Salak Tinggi.

Coach Ihsan Abdullah

Founder sifu add math

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan dan memperoleh keputusan 10A 2B dalam SPM. Merupakan graduan Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).